Monday 1 June 2009

Pengenalan: Nur Lembah Pangsun

NUR LEMBAH PANGSUN, HULU LANGAT SELANGOR

Memandang keindahannya menambah kesegaran jiwa. Fikiran yang tersimpul kusut terungkai lurus. Perasaan yang kacau dan kecewa terbantu pulih. Tubuh yang telah dibelenggu rutin kehidupan kota kembali ringan dan bertenaga.

Photobucket

Inilah manifestasi diri dekat dengan alam. Jiwa kembali segar kerana hati terasa hampir dengan Tuhan Maha Pencipta.

Semuanya milik anda, dengan hanya 30 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Terbentang di atas tanah seluas 20 ekar, Nur Lembah Pangsun menawarkan suasana hijau yang menyegarkan.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Nur Lembah Pangsun

  • Casa De Palma (Tempat penginapan)
  • Penginapan Chalet VIP
  • Penginapan Chalet
  • Penginapan Asrama / dormitori
  • Apache Camp (Tapak Perkhemahan)
  • Mini Stadium
  • Dewan Kuliah berhawa dingin
  • Dewan terbuka pelbagai guna
  • Surau
  • Dataran Sukaneka - Wall Climbing
  • Paintball Arena
  • Flying Fox
  • Kafeteria
  • Laluan Berhalang (Obstacle)
  • Dusun Buah-buahan
  • Lapangan BBQ
  • Khidmat Pertolongan Cemas
  • Kawalan Keselamatan
  • Kolam Renang / Kolam Memancing

Antara program menarik yang ditawarkan oleh Nur Lembah Pangsun

  • Program Motivasi dan Induksi
  • Kursus, Seminar & Persidangan
  • Hari Keluarga & Alumni gathering
  • Khemah Kesedaran Alam Sekitar
  • Pengembaraan Hutan / Jungle Tracking
  • Perkhemahan, BBQ dan Unggun Api
  • Sukan lasak (eco-challenge) - Wall Climbing
  • Absailing
  • Flying Fox
  • Memanjat Gunung
  • Larian Berhalangan
  • XPDC sungai dengan rakit dan kayak
  • War Games
  • Paintball

Insya Allah, tempat ini akan dijadikan tempat berlangsungnya Rehlah Marhabbah 09. Tunggu apa lagi? Hubungi wakil IMAMRSC di tempat anda! (rujuk entri sebelumnya)

Klik disini untuk melayari foto album Nur Lembah Pangsun.

No comments:

Post a Comment